3 Mei 2014 - 02:51
Jangan izinkan kitab anti Islam dicetak

Khutbah Jumaat minggu ini menyentuh tentang jihad ekonomi, fitnah dalam negara dan pergolakan di Mesir.

 

"Sudah tentu hati seorang insan sedang berdukacita, segelintir tentera menguasai sebuah negara dan urusan rakyat, seperti yang terjadi di Mesir. Presiden pilihan rakyat telah disingkirkan secara paksaan dan diseret ke penjara. Semoga Allah melaknat Amerika, kerana merekalah situasi ini terjadi, berapa ramai orang awam telah terbunuh di jalan-jalan".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Jannati dalam khutbah Jumaat di Tehran menyentuh tentang martabat kesyahidan Ayatullah Murtadha Mutahhari dengan menerangkan bahawa beliau tidak mengejar nama dan gelaran, malah tulisan dan kata-katanya disumbangkan kepada revolusi sertakebajikan. Kata beliau, "Oleh kerana semua karya beliau masih berkekalan, lebih baik kita mendorong golongan muda membaca karya-karya tersebut. Ini disebabkan buku-buku ini dapat memenuhi keperluan fikiran mereka".

Sempena hari guru, beliau berkata, "Guru mampu mendidik seseorang itu menjadi golongan yang tertindas, musuh yang menindas termasuklah seorang pejuang di jalan Allah. Oleh itu dia hendaklah mengenal dirinya sendiri sebaik-baiknya".

Ayatullah Jannati berkata, "Guru juga boleh mentarbiyah para pelajar supaya tidak terpengaruh dengan televisyen satelit dan hendaklah mereka mengetahui bahawa kehidupan Barat tidak memiliki apa-apa pun selain kezaliman dan syaitan telah berpengaruh di sana".

Khatib solat Jumaat minggu ini meneruskan penerangannya betapa pentingnya penyediaan kehidupan material dan spiritual para pekerja, "Seorang pekerja tidak sepatutnya hanya berfikir tentang mencari wang dan roti semata-mata, seorang pekerja hendaklah seperti orang lain yang mempunyai kerohanian, kefahaman dan mengenali Allah. Hendaklah ia merasa bertanggung jawab dalam negara dan tidak merasakan berbeza serta melaksanakan pencegahan kemungkaran".

Selain itu beliau juga menyeru agar para pekerja diberi penghormatan dan berkata, "Tangan pemimpin (rahbar) kira hendaklah dicium kerana beliau pergi melawat para pekerja dan menghormati mereka. Para pekerja adalah tiang masyarakat, dan tenaga mereka hendaklah dikenal. Ini disebabkan setiap tertib bahagian pengeluaran kita telah dilaksanakan oleh para pekerja".

Selain dari menyediakan latar kehidupan kehidupan tenaga kerja Jannati berkata, "Walau bagaimanapun kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan bantuan dana kepada hospital sebanyak 90 peratus seperti bantuan untuk pekerja".

Beliau turut menyentuh tentang perbahasan jihad ekonomi dan membela pengeluaran dalam negara sebagai sebuah kelaziman. Kata beliau, "Mengenai fokus terhadap jihad ekonomi, kita wajib menggunakan barangan dalam negara, tidak kira samada buruh atau bukan pekerja. Mengapa kita perlu menghulurkan tangan untuk mengemis daripada orang lain? Penggunaan barangan dalam negara boleh menyebabkan bertambahnya pengeluaran dan pekerjaan".

Beliau juga menganggap penggunaan barangan luar negara bukanlah kebanggaan malah ianya adalah merendahkan dan memperkecilkan. Kata beliau lagi, "Usahawan hendaklah mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi dan harga yang munasabah supaya para pengguna tertarik untuk menggunakannya".

Dalam bahagian lain khutbahnya, Ayatullah Jannati membahaskan slogan jihad terhadap ekonomi dan budaya dengan keazaman rakyat  tahun ini daripada pemimpin tertinggi Revolusi Islam Iran, "Sekarang juga terdapat agensi-agensi berbeza mengenai kebudayaan, termasuk di atas nama hawzah, universiti dan pendidikan. Pasukan tentera juga mempunyai peranan dalam perkara ini. Agensi-agensi pengiklanan juga perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing".

Selain itu, menurut beliau kementerian juga berperanan dalam aktiviti kebudayaan dan memberi tunjuk ajar secara Islam, "Hendaklah diketahui bahawa panduan kementerian dalam kebudayaan perlu mengikut tatacara Islam, pemikiran Islam dalam membuat keputusan dan ketika menangani masalah. Buku anti Islam tidak diizinkan untuk dicetak. Karya orang yang tidak bermatlamat, tidak berakidah dan cuai tidak sepatutnya diterbitkan".

Sementara itu Kementerian Kebudayaan dan Bimbingan Islam hendaklah mempunyai pandangan-pandangan lazim mengenai pengeluaran budaya. Beliau berkata, "Budaya Barat yang remeh tidak sepatutnya dipromosikan, diambil peduli atau tidak dirasakan sensitif. Jangan sampai spiritual begini diwujudkan dalam manusia. Berhati-hatilah, virus boleh menghancurkan kesan kebudayaan. Namun ini adalah kerja-kerja yang sulit dan tidak ada sesiapapun yang boleh membantu dalam kes ini. Sekiranya kesilapan dilakukan dalam kerja, kawan-kawan perlu memberi teguran. Namun mereka perlu menerima teguran tanpa sebarang kedegilan. Ia perlukan kekuatan dalam mencurahkan bakti. Walaupun kesan-kesan pekerjaan yang dilakukan akan diketahui selepas itu, secara keseluruhannya ia telah melaksanakan tugas dengan baik dalam Kementeriaan Kebudayaan dan Bimbingan Islam".

Mengenai masalah menangani fitnah, beliau mengulas, "Sebahagian kepala fitnah bebas bergerak, mereka melakukan apa sahaja sesuka hati. Sekarang mereka sedang duduk berehat. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan namun pada peringkat awal kegiatan mereka hendaklah diawasi. Ini kerja badan perisikan".

Ayatullah Jannati menambah, "Tentera udara perlu mengawasi dan melihat ke mana mereka pergi. Apa yang mereka lakukan dan apakah peranan mereka di waktu akan datang. Namun semua orang perlu bekerjasama, para pegawai perlu membantu sehingga akar umbi fitnah dicabut".

Beliau meneruskan khutbah mengenai isu Mesir dengan berkata, "Sudah tentu hati seorang insan sedang berdukacita, segelintir tentera menguasai sebuah negara dan urusan rakyat, seperti yang terjadi di Mesir. Presiden pilihan rakyat telah disingkirkan secara paksaan dan diseret ke penjara. Semoga Allah melaknat Amerika, kerana merekalah situasi ini terjadi, berapa ramai orang awam telah terbunuh di jalan-jalan".

Khatib menambah, "Mereka juga menyingkirkan presiden pilihan rakyat di Ukraine, secara paksaan mereka menggantikan orang lain di tempatnya".

Beliau mengakhiri khutbah mengenai pilihanraya Iraq dengan berkata, "Semoga Allah menjaga saudara kita dari kejahatan pengganas di Iraq dan menyelematkan mereka dari kejahatan-kejahatan Takfiri".